Meneliti Tipu Daya Syaitan dan Iblis

Posted by Unknown On Friday, October 22, 2010 0 comments

SESUDAH menerima laknat Allah swt kerana enggan sujud kepada Nabi Adam as, iblis dengan bongkak memohon kepada Allah:
‘Berikanlah aku peluang (umur panjang yang tidak akan mati sehingga hari kiamat)!’
Allah dengan sifat Al-Rahman-Nya mengabulkan: ‘Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh (tidak akan mati sampai hari kiamat).’
Iblis memohon lagi: ‘Kerana Engkau telah pun menghukum aku sebagai makhluk yang sesat, maka aku bersumpah akan sentiasa menghalang mereka (Bani Adam) daripada jalan Engkau yang lurus.’ (Surah Al-Araf: 14-16).
Ulama, termasuk Imam Al-Ghazali dalam kitab Minhaj Al-Abidin dan Ibn Athaillah Al-Skandari dalam kitabnya yang terkenal, Al-Hikam, memberikan garis panduan kepada manusia tentang cara melawan tipu daya syaitan.
Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa penipuan syaitan menerusi tujuh cara. Beliau juga cuba mengemukakan cara-cara mengatasinya, iaitu:
Syaitan melarang manusia melakukan ketaatan kepada Allah.
Orang yang dipelihara Allah akan membantah larangan tersebut, dan berkata: ‘Aku sangat perlu sekali kepada pahala daripada Allah. Oleh kerana itu, aku mesti mempunyai bekalan daripada dunia untuk menjalani kehidupan akhirat yang kekal abadi.’
Syaitan mengajak manusia segera mengakhiri sesuatu ibadah dan ketaatan atau menghasut agar menangguh-nangguhkan waktu.
Orang yang dipelihara Allah akan menolaknya dengan berkata: ‘Ajalku bukan di tanganku. Jika aku menangguh kan amal soleh hari ini untuk dilakukan esok, maka bilakah masanya amal hari esok aku kerjakan, padahal setiap hari mempunyai amal masing-masing.’
Syaitan mendorong manusia supaya terburu-buru mengerjakan amal baik dengan mengatakan: Ayuhlah cepat-cepat beramal supaya engkau dapat memburu lagi amal lainnya.
Orang yang dijaga Allah tentu menolak dan berkata: ‘Sedikit tetapi sempurna dan istiqamah lebih baik daripada amal banyak tetapi tidak sempurna dan kurang istiqamah.’
Syaitan menyuruh manusia supaya mengerjakan amal baik dengan sempurna sebab kalau tidak sempurna, nanti akan dicela orang lain. Pada peringkat ini, syaitan cuba menanamkan rasa riak dalam hati manusia.
Orang-orang yang terpelihara tentu menolaknya dan akan berkata: ‘Bagi saya, cukup dinilai Allah sahaja dan tidak ada faedahnya beramal kerana ingin mendapatkan pujian manusia.’
Syaitan menanamkan rasa ujub (bermegah-megah) dalam hati orang yang beramal dengan membisikkan: ‘Betapa tingginya darjatmu kerana berjaya melakukan amal soleh dan betapa pula engkau cerdik dan bijak.’
Orang-orang yang baik dan diselamatkan Allah akan menjawab: ‘Sesungguh nya semua keagungan dan kesempurnaan itu kepunyaan Allah, ia bukan kekuatan atau kekuasaanku.
‘Allahlah yang memberikan taufik kepadaku untuk dapat mengerjakan amal yang Dia redai, dan memberikan ganjaran yang besar dengan kurnia-Nya.
‘Jika tanpa kurnia Allah, maka apalah harganya amalku ini dibandingkan dengan banyaknya nikmat Allah kepadaku, lagi pula dosa-dosaku sangat banyak.’
Setelah jalan kelima gagal, maka syaitan mengemukakan jalan keenam.Jalan ini lebih hebat daripada yang sebelumnya, dan tidak akan dapat waspada terhadapnya kecuali orang yang cerdik dan hidup fikirannya.
Syaitan berkata, dengan membisikkan hasutan di hati manusia: ‘Bersungguh-sungguhlah engkau dalam melakukan amal secara sirr atau rahsia, jangan sampai diketahui manusia, sebab Allah jualah yang akan menzahirkan amalmu nanti terhadap manusia dan akan mengatakan bahawa engkau seorang hamba Allah yang ikhlas.’
Syaitan telah mencampur-baurkan setiap orang yang beramal soleh dengan amal tipu dayanya.
Dengan hasutannya itu, syaitan bermaksud memasukkan sebahagian daripada penyakit riak yang sirr (tersembunyi dan sangat halus).
Orang-orang yang terpelihara oleh Allah akan menolak hasutan syaitan itu dengan mengatakan: ‘Hai malaun yang dilaknat, tiada henti-hentinya engkau menggodaku untuk merosakkan amalku dengan pelbagai cara, sekarang engkau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalku, padahal maksudmu untuk merosaknya.
‘Sesungguhnya aku ini hamba Allah yang hina dan lemah, bahkan Allah yang menjadikan aku. Kalau Allah berkehendak menzahirkan amalku atau menyembunyikannya dan kalau berkehendak menjadikan aku mulia atau hina, maka ini semua adalah urusan Allah.’
‘Aku tidak hairan atau gelisah sama ada amalku dilihat manusia atau tidak, kerana hal itu semua bukan urusan manusia.’
Terakhir, syaitan menggoda dengan mempengaruhi akidah dan keyakinan manusia terhadap ketentuan (qadak dan qadar) Allah.

Dalam hadis Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah bin Masud meriwayatkan:‘Jika anak Adam ditiupkan roh pada usia 120 hari di dalam perut ibunya, maka Allah telah pun menetapkan empat perkara: rezekinya, umurnya, amalannya dan selamat atau binasanya…’ Bertolak dari sinilah syaitan membisikkan tipu dayanya kepada manusia dengan mengatakan segala tuah
manusia sudah ditentukan, maka tiada gunanya dia berusaha mengubah nasibnya.

Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah tidak akan dimasukkan ke neraka dan pasti dimasukkan ke syurga (Surah Al-Tawbah). Bagaimanapun, masuknya seseorang ke syurga bukanlah kerana kekuatan amalnya, tetapi kerana janji Allah semata-mata, yang pasti benar dan suci.
Manusia akan terus diuji Allah tetapi syaitanlah yang membawa kehancurannya. Tujuh jawapan tersebut patut dijadikan perisai sebagai senjata menghadapi syaitan.
Kita mesti senantiasa beribadah dengan mengharapkan Allah melindungi kita daripada jerat
syaitan. Apa jua yang berlaku dengan izin Allah dan kepada-Nya kita mohon
petunjuk dan keredaan.


Ikhlaskah amalan kita?

Posted by Unknown On Tuesday, October 19, 2010 0 comments

Dipaparkan maksud sepotong hadith dari Muaz bin Jabal untuk renungan kita bersama: 

“Puji dan syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!”. Jawabku, “Ya Sayidil Mursalin”.
Sabda Rasulullah SAW., “Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna, tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak”.
“Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya.
“Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat Hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: “Saya penjaga tukang umpat. Lemparkanlah balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat”.
“Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya herkata: “Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain”.
Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: “Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong”.
Rasulullah s.a.w. meneruskan sabdanya, “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata, “Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub (bangga dengan diri sendiri). Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub”.
Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit penjaganya berkata:
“Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad”.
Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata, “Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah (mala petaka) dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini”.
Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Rupanya bercahaya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.
Tetapi penjaga pintu langit berkata, Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dan para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah riyak. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riyak”.
Kemudian malaikat Hafazah jtu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ke tujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT.
Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.
Tetapi firman Tuhan, "Hafazah sekelian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas kepada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui”.
“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa sahaja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi".
“Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalnya ini?”
“Laknat-Ku tetap padanya”.
Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata, “Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekelian bagi mereka”.
Dan semua yang di langit turut berkata, “Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat”.
Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata, “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dan apa yang diceritakan ini?”
Sabda Rasulullah saw., "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan”.
Muaz bertanya kembali, “Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya si Muaz bin Jabal, bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dan bahaya tersebut?”
Bersabda Rasullullah, “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain”.
“Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut kepadamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam”.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia”.
Muaz berkata, “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”
Jawab Rasulullah SAW., “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar”.


Kejadian Nabi Adam a.s

Posted by Unknown On 0 comments

Pada suatu ketika allah menitahkan malaikat jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam.tetapi,bumi enggan membenarkan tanahnya di ambil untuk di jadikan adam,kerana bumi bimbang adam berbuat maksiat kepada allah.

Lalu jibrail kembali menemui tuhan,ia tidak dapat berbuat apa2,mendengar sumpah bumi.kemudian allah memrintah malaikat mikail,jawapan bumi tetap sama dan allah menitah pula israfil,tetapi bumi enggan dan masing2 kembali tangan penuh hampa.

Lalu yang terakhir,allah menyuruh malaikat izrail ke bumi.kata allah:" hai izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimana pun jangan kau undur.katakan kamu melakukan atas perintah dan atas namaku."

Apabila izrail ke bumi dan menyampaikan perintah allah,bumi akhirnya akur tanahnya di ambil.setelah izrail mengambil beberapa jenis tanah,dia kembali ke hadrat allah.lalau allah berfirman:" ya izrail,pertama engkau yang ku tugaskan mengambil tanah,dan kelak ku tugaskan engkau mencabut roh manusia." maka izrail bimbang di benci manusia.lalu allah berfirman:" tidak,mereka tidak akan memusuhi kamu.aku yang mengaturnya,dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab terbunuh,terbakar atau sakit."

tanah bagaimana dijadikan adam?
1.tanah tempat bakal berdirinya baitul muqadis.
2.tanah bukit tursina.
3.tanah iraq.
4.tanah Aden.
5.tanah Al-kautsar.
6.tanah tempat bakal berdirinya baitullah.
7.tanah paris.
8.tanah khurasan.
9.tanah (babylon).
10.tanah india.
11.tanah syurga.
12.tanah tha'if.

kata ibnu Abbas:

1.kepala adam dari tanah baitul muqadis,kerana di situlah berada otak manusia,dan di itulah tempatnya akal.
2.telinganya dari tanah bukit thursina,kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3.dahinya dari tanah iraq,kerana di situ tempat sujud kepada allah.
4.mukanya dari tanah Aden,kerana di situ tempat berhias dan tempat kencantikan.
5.matanya dari tanah telaga Al-kautsar,tempat menarik perhatian.
6.giginya dari tanah Al-kautsar,tempat manis.
7.tangan kananya dari tanah kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8.tangan kirinya dari tanah paris,tempat beristinjak.
9.perutnya dari tanah babylon,di situlah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.tulangnya dari tanah bukit thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.dua kakinya dari tanah india,tempat berdiri dan berjalan.
12.hatinya dari tanah syurga firdaus,kerana di situlah iman,keyakinan,ilmu dan kemahuanya.
13.lidahnya dari tanahh tha'if,tempat mengucap syahadah,bersyukur dan mendoakan kepada tuhan.

bagaimanakah prosesnya?

1.ketika allah menjadikan Adam,tanah itu bercampur air tawar,air masin,air hanyir,angin,api.kemudian allah resapkan Nur kebenaran dalam diri adam dengan pelbagai macam "sifat".
2.lalu tubuh adam itu di genggam dengan genggaman "jabarut" kemudian diletakan di dalam "alam malakut".
3.esungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh adam" adalah tanah pilihan.maka sebelum di jadikan patung,tanah itu di campurkan rempah2,wangi2an dari sifat nur sifat allah,dan dirasmi dengan air hujan "barul uluhiyah".
4.kemudian tubuh itu di benamkan dalam air "kudral izzahnya" iatu sifat "jalan dan jammal".lalu di ciptakan menjadi tubuh adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk ke tubuh adam,ia malas dan enggan,malah berputar-putar,mengelilingi patung adam yang terlantar.

Kemudian Allah menyuruh malaikat izrail untuk memaksa roh itu masuk,akhirnya ia menyerah kepada izrail.

menurut riwayat ketika adam masih di syurga,sangat baik sekali kulitnya.
tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.
kerana adam diturunkan di dunia,terjadilah perbahan pada warna kulitnya.
sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

hal ini biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam,warna kukunya sama,ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh adam ada sembilan rongga atau liang.
tujuh buah liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya di kepala: dua liang mata,dua liang talinga,dua liang hidung dan sebuah liang mulut.

Yang dua macam di bawah sebuah liang 'bawah manusia' depan dan belakang.

Dijadikan pula lima pancaindera.

1.mata alat pengelihatan.
2.hidung alat penciuman.
3.telinga alat pendengaran.
4.mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5.anggota tubuh lainnya seperti kulit,telapak tangan,untuk merasa halus,kasar dan sebagainya.

Selepas roh masuk tubuh adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.demikianlah Allah memberi kekuatan pada izrail memasukan roh ke tubuh adam.
dahulu izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam,dan kini mencabut nyawa manusia.

Selepas meresap ke kepala adam,maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna.kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan.

Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badanya masih adalah tanah keras..

Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.ketika itu adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikan.

Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin,serta mulutnya terbuka.ketika itulah Allah mengajarkannya mengucap Alhamdullilah,itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah swt.
lalu Allah berkata:" YARKHAMUKALLAH'' yang ertinya: "SEMOGA ENGKAU DIBERI RAHMAT ALLAH".

Oleh itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdullilah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai ke dadanya,tiba-tiba saja ia mahu bangun.padahal bahagian ke bawah masih tanah keras.di sini menunjukan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "dan adalah manusia itu,suka tergesa-gesa".

Maka,ketika roh itu sampai di perutnya,terjadilah susunan isi perut dengan sempurna.maka seketika itu terasa lapar.kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam,tangan,kaki lalu menjadi darah daging dan tulang,urat-urat berkulit dengan sempurna,kian lama kian bagus dan halus.

Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru,maka dia adalah jenis makhluk manusia yang pertama.wajahnya cukup cantik,semua malaikat kagum melihat Adam menawan.

Adam di arak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah langit ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam di jadikan.

subhanAllah...betapa mulianya manusia Allah jadikan tapi kita selalu terlepas dari bersyukur dan sengaja mengutuk dan menghina diri kita sendiri betapa ruginya manusia yang lalai akan kewajipannya pada Allah swt..


Ilmu Melihat Alam Ghaib

Posted by Unknown On Monday, October 18, 2010 1 comments


Melihat alam ghaib merupakan ilmu khusus untuk melihat alam ghaib.Alam ghaib itu adalah alam yang tidak boleh dilihat oleh pancaindera biasa.Alam ini memang ada tingkat-tingkatannya.Ada alam nyata,alam yg kita tempati sekarang.tingkat berikutnya adalah alam Astral,iaitu ghaib(bg makhluk yg nyata)yang ditempati oleh bangsa jin atau roh gentayangan,iaitu roh orang mati yang belum saatnya.

                     Di atas alam astral adalah alam ruh,alam ruh dan alam astral ini sama disebut alam ghaib atau alam 'halus'.Adapun alam ruh ini juga ada tingkat-tingkatannya.Makin tinggi tingkatannya semakin sempurna kehalusannya.misalnya:

Tingkat 1-Dihuni oleh ruh-ruh makhluk yang sudah saatnya mati,tetapi peradabannya masih rendah.kebanyakan dahulunya semasa hidupnya di alam kasar ada penjahat dan pendosa.Orang-orang yang mengingkari Allah Tuhan Pencipta.

Tingkat 2- Dihuni oleh ruh-ruh yang lebih baik lagi moralnya dari tingkat pertama.

Tingkat 3-Di huni oleh ruh-ruh yang berbudi lebih luhur lagi dari tingkat 2,begitulah seterusnya.Jadi,semakin tinggi tingkat alamnya semakin tinggi pula keluhuran ruh-ruh penghuninya.

Penghuni alam di tingkat lebih tinggi  boleh masuk ke alam yang lebih rendah,tetapi penghuni alam rendah tidak boleh menuju ke alam yang lebih tinggi lagi.nampaknya begitu jugalah halnya dengan tingkatan ilmu melihat alam ghaib seseorang.Sama seperti orang yang memilki ilmu alam ghaib,orang yang ilmunya luhur ( ilmu Allah) akan boleh melihat alam ruh yang lebih tinggi dibanding dengan orang yang memiliki ilmu sebangsa ilmu hitam.(ilmu iblis/syaitan).



Surah Al-Baqarah ayat 1-5

[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
[3]
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4]
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.










18,000 ( Lapan belan ribu)Alam dijadikan oleh Allah.

Posted by Unknown On Sunday, October 17, 2010 0 comments

Petikan dari Kitab Ilmu Perubatan Kesufian...
Cerita 18,000 Alam...

 "Saya menerima penghormatan hadir dihadapan syeikh saya iaitu Syeikh Usman dengan dihadiri orang kerohanian yang lain.Saya menundukkan kepala tanda hormat kepada syeikh saya.Syeikh Usman menyuruh saya solat duan rakaat,saya lakukan.Beliau menyuruh saya menghadap kiblat,saya turut.Kemudian disuruhnya saya membaca surah Al-Baqarah,saya buat.Kemudian saya disuruhnya berselawat kepada Nabi dan keluarganya,sebanyak 21 kali dan membaca Subbanallah 60 kali,saya pun baca.Selepas itu beliau berdiri dan dipegangnya tangan saya dan beliau menengadah ke langit sambil berkata,'Saya serahkan kamu kepada Allah".Kemudian dipotongnya beberapa helai rambut saya dengan gunting dan meletakkan kopiah khas di atas kepala saya.Disuruhnya saya duduk.Kemudian disuruhnya saya membaca Surah Al-Ikhlas 1,000 kali.Saya pun membaca seperti yang diarahkan.Kemudian beliau berkata,"Di kalangan pengikut2 kita hanya sehari semalam sahaja mujahadah.Pergilah dan lakukan hari ini juga".

Saya pun bermujahadah.Saya menghabiskan masa sehari semalam itu dengan terus menerus solat.Setelah mujahadah itu saya kembali kepada syeikh saya itu.

Disuruhnya saya duduk dan membaca surah Al-Ikhlas lagi 1,000 kali.Saya pun melakukannya.Kemudian disuruhnya saya melihat ke langit.Apabila saya mendongak ke langit beliau bertanya."setakat mana yang kamu lihat?"Saya menjawab,"Sampai ke al-Arasy al-Mu'ala".Kemudian beliau berkata,Lihat ke bawah".Saya pun melihat ke bawah Beliau pun bertanya lagi."Sampai ke mana kamu lihat?Saya menjawab."Hingga ke tahtath-thara" (perut neraka).Kemudian disuruhnya saya duduk dan membaca surah Al-Ikhlas 1,000kali.Kemudian beliau berkata pada saya,"Lihat ke langit".Apabila saya mendongak ke langit beliau bertanya,"Berapa jauh kau boleh lihat sekarang?"Saya menjawab,hingga ke 'azmat'"(kehairanan melihat keAgungan Allah).Kemudian kata beliau,"Bukalah matamu".Saya pun membuka mata.Beliau kemudian mengangkat tangan dan menunjukkan dua jari tangan kanannya lalu bertanya,"Apa yang kamu lihat melalui dua jari ini?"Saya menjawab'"Saya lihat 18,000 alam".Setelah mendengar demikian,beliau berkata,"Sekarang amalanmu telah selesai".Kemudian beliau melihat batu bata berhampiran dan menyuruh saya mengambilnya.Saya buat apa yang disuruhnya.Setelah bata itu di angkat saya mendapati wang emas dibawahnya.Beliau menyuruh saya mengambil duit itu dan sedekahkan kepada fakir miskin.Saya pun berbuat demikian.Kemudian beliau mengarahkan saya supaya berada bersamanya beberapa waktu".





Al-Quran Yang Ajaib

Posted by Unknown On Wednesday, October 13, 2010 0 comments


Lorem Ipsum

Powered by Blogger.